SUBANG JAYA: Tujuh kenderaan terjejas akibat mendapan tanah di kawasan tempat letak kenderaan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Bandar Puchong, dekat sini dalam kejadian petang Isnin.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, kejadian dilaporkan jam 6.46 petang itu, membabitkan enam van dan sebuah lori, masing-masing empat van Toyota Hiace, sebuah van Kindo dan Maxus serta sebuah lori satu tan.
Katanya, 10 anggota bersama tiga jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan.
"Sebaik tiba, kami mendapati terdapat mendapan tanah di tempat letak kenderaan terbabit membabitkan tujuh kenderaan terjejas. Bagaimanapun, kejadian tidak melibatkan mangsa," ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, pemantauan dilakukan oleh pasukan bertugas bagi memastikan kawasan terlibat benar-benar selamat.
"Kes kemudian diserahkan kepada MBSJ dan polis yang berada di lokasi kejadian untuk tindakan lanjut,: katanya.
Sementara itu, MBSJ ketika dihubungi memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kejadian itu dalam masa terdekat. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Nov 14 2023
Kejadian mendapan tanah itu membabitkan enam van dan sebuah lori, masing-masing empat van Toyota Hiace, sebuah van Kindo dan Maxus serta sebuah lori satu tan. - Gambar/ Sinar Harian
China rakan penting Malaysia dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital - Teo
China merupakan rakan kongsi penting dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital di Malaysia.
Kematian Raisi, Amirabdollahian kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam - Mohamad
Kematian Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya, Dr Hossein Amirabdollahian merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam.
AWANI Ringkas: Kes denggi meningkat, 40 maut sejak Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Luncur air di tengah padang pasir di Arab Saudi
Aquarabia ialah sebuah taman tema air dengan kolam ombak buatan manusia terbesar di Asia Barat.
Jenazah suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan
Jenazah suspek lelaki yang mati ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram.
Elon Musk lancar Starlink di Indonesia
ELON Musk dan Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin, telah melancarkan perkhidmatan Starlink di Indonesia semalam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 2 anggota terkorban diklasifikasi Syahid Akhirat
Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dan simpati ke atas suspek di atas tindakannya membunuh polis.
Lai Ching-te bakal angkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan
Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik yang memerintah Taiwan, dijadualkan mengangkat sumpah dan memulakan tugas sebagai presiden pulau itu pada Isnin.
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenal - Saifuddin
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenalkan hari ini bagi memastikan penggiat seni hasilkan karya berkualiti dan mempunyai nilai estetika tanpa menyentuh perkara sensitif.
Siti Bainun tarik rayuan tangguh hukuman penjara 12 tahun
Siti Bainun menarik balik permohonan untuk menangguhkan hukuman penjara 12 tahun atas dua sabitan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom down dikenali Bella.
Tiada sebarang kesan mendapan tanah akibat pembinaan telaga tiub di Kelantan - Exco
Penemuan itu berdasarkan beberapa kajian berkaitan kuantiti air yang dilakukan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sebelum ini.
Tujuh kenderaan terjejas akibat mendapan tanah
Tujuh kenderaan terjejas akibat mendapan tanah di kawasan tempat letak kenderaan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Bandar Puchong, dekat sini dalam kejadian petang Isnin.
Enam van, lori terjejas akibat mendapan tanah
Kejadian berlaku pada 6.46 petang berikutan hujan lebat, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Kejadian rekahan di LPT1 berpunca akibat runtuhan cerun tambak tebatan banjir - Alexander
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan pihak berkaitan telah diarahkan untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan dengan segera.
Laluan KM66.1 Lebuh Raya KL-Karak dibuka semula 7 malam ini
Pengguna boleh menggunakan laluan KM66.1 Lebuh Raya Kuala Lumpur Karak bermula jam 7 malam ini.
Tanah mendap di KM66.1 Lebuh Raya KL-Karak, laluan ditutup sementara
Laluan Lebuh Raya Kuala Lumpur - Karak arah timur dan barat ditutup sementara susulan kejadian tanah mendap di Kilometer 66.1 lebuh raya tersebut.
Mendapan tanah: Pengurusan Forest City bina jalan alternatif
Pembinaan jalan alternatif yang bermula malam ini, akan mengambil masa 48 jam dan dijangka siap sepenuhnya pada 26 Julai ini.
Penggunaan telaga tiub di Kelantan tidak jejas struktur tanah - Pakar
Penggunaan telaga tiub yang menjadi pilihan utama rakyat Kelantan sejak berdepan masalah bekalan air bersih beberapa tahun lepas tidak menjejaskan struktur tanah.
Jalan Tun Hamzah menghala ke Bukit Katil ditutup ekoran mendapan tanah - Exco
Jalan Tun Hamzah menghala ke Bukit Katil berhampiran Taman Ozana Impian sepanjang kira-kira 1.2 kilometer di sini, ditutup untuk kenderaan berikutan mendapan tanah.
Mendapan tanah, kawasan rendah antara punca beberapa kawasan di ibu negara dinaiki air
Mendapan tanah di dalam longkang dan kawasan lebih rendah daripada paras sungai adalah antara punca yang menyebabkan beberapa kawasan di ibu negara dinaiki air ekoran hujan lebat lebih dua jam.